Ada Peluang Ke Emas Nak Naik Lagi?

952

Logam berharga, emas terus mengekalkan momentum pengukuhannya untuk didagangkan tinggi di sekitar tahap tertinggi yang dicapainya pada sesi dagangan hari Isnin.

Spot emas diperdagangkan stabil pada $1,974 per auns (2.30 petang waktu Malaysia), sementara niaga hadapan pula menguat pada $1,980 per auns.

Kemerosotan US dolar dari pengukuhan yang dicapai sejak Jumaat lalu berikutan ketidakpastian dalam prospek pertumbuhan ekonomi, telah menyokong dagangan logam kuning untuk terus diniagakan tinggi.

Sementara itu, tumpuan pasaran kini terarah kepada Kongres AS yang masih belum mencapai kesepakatan dalam perbincangan mengenai pakej rangsangan Covid-19 yang baru, meskipun program pembayaran faedah pengangguran telah berakhir pada Jumaat lalu.

Seorang pegawai kanan pentadbiran mengatakan bahawa ketika perbincangan sedang berlangsung, pentadbiran turut mempertimbangkan beberapa pilihan lain yang tersedia tanpa memerlukan tindakan perundangan daripada Kongres.

Dagangan komoditi kuning itu telah meraih peningkatan hampir 30% setakat ini, ekoran pelaksanaan besar-besaran langkah rangsangan dan penurunan kadar faedah ke tahap terendah oleh bank-bank pusat di seluruh dunia untuk mengatasi impak Covid-19 ke atas ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat