Ada Peluang Ke Untuk XRP Kembali Bangkit? Ini Jawapannya!

2,794

Kalau ada yang tertanya, sejauh manakah XRP akan terus menjunam dan adakah aset Ripple ini akan kembali bangkit selepas disaman oleh Securities and Exchange Securities (SEC), ini jawapannya.

Bitcoin (BTC) ketika ini didagangkan di atas $29,000 dan altcoin season dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.

Dalam sejarah kitaran pasaran kripto, apabila Bitcoin bullish dengan mencatat rekod tertinggi melebihi kemuncak sejak 2013, ini akan turut mendorong kepada lonjakan matawang altcoins.

Pada 2017, aset Satoshi Nakamoto meningkat sepenuhnya secara parabolik dan menjadi perhatian ramai dengan harga membuat ketinggian baru sehingga $19,800. Sekali lagi, altcoin season menjadikan Ethereum (ETH) melonjak lebih $1,400 dan XRP mencatat nilai lebih $3 per syiling.

Berbeza pula pada 2020, perhatian pelabur sepenuhnya terhadap BTC menyebabkan altcoins (tidak termasuk ETH dan DeFi) kelihatan telah diabaikan.

Trend ini dijangka tidak akan berpanjangan kerana apabila altcoin season kembali, pelabur yang dikenali @livercoin menerusi kicauan Twitter menjelaskan XRP ada potensi untuk kembali melonjak dan agak mustahil untuk menuju nilai sifar seperti jangkaan beberapa pihak.

Namun, dominasi Bitcoin pada hari ini menimbulkan andaian dalam beberapa kalangan penganalisis bahawa altcoin season tidak akan berlaku, menjadikan XRP dan matawang lain terus dipinggirkan dengan lonjakan Bitcoin.

Pada ketika artikel ini ditulis, harga satu Bitcoin telah pun mencapai ketinggian sehingga $29,300.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat