Ada Yang Sudah Mula Tenung Chart Pagi Ini? Update Ini Khas Untuk Anda!

44

Yen dan Aussie kekal stabil berbanding US Dollar pada awal sesi berikutan pasaran sedang menanti laporan NFP yang bakal dikeluarkan hari ini. Angka itu dianggap penting kerana bakal menjadi petunjuk utama ekonomi bagi kenaikan kadar oleh Fed.

USD/JPY meningkat 0.02%, manakala AUD/USD didagang menurun 0.03%.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 95.66.

Semalaman, Dollar merosot lebih rendah berbanding matawang utama yang lain kerana data pembuatan AS dilaporkan tergelincir ke angka terendah dalam tempoh 7 bulan.

Institut Pengurusan Bekalan berkata data aktiviti pembuatan menurun kepada 49.4 daripada bacaan Julai.

Terdahulu, Jabatan Buruh AS berkata, bilangan individu yang memfailkan manfaat pengangguran meningkat seramai 2,000 orang.

Dalam masa yang sama, tumpuan terus diberikan kepada laporan gaji NFP bagi petunjuk yang lebih mendalam terhadap kekuatan pasaran pekerjaan. Perkara ini penting kerana Stanley Fischer berkata pada awal minggu ini bahawa pasaran buruh akan memberikan petunjuk yang lebih jelas terhadap kenaikan kadar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat