Ada Yang Tertanya Kenapa GBP Melonjak? Ini Sebab Dia!

435

Pasaran pekerjaan UK bertambah kukuh selepas data yang diterbitkan pada awal sesi Eropah menunjukkan kadar pengangguran terus mencatat penurunan.

Menurut data yang dikeluarkan Pejabat Statistik Negara (ONS) UK, kadar pengangguran menurun kepada 4.3% dalam tempoh tiga bulan sehingga September daripada 4.5% yang dicatatkan sebelum ini.

Ini juga merupakan tahap terendah pernah direkodkan sejak Julai 2020 dan lebih baik daripada jangkaan pasaran untuk menyusut kepada 4.4%.

Matawang pound meningkat susulan bacaan yang memberangsangkan ini, menambah sebab untuk Bank Pusat England (BOE) bertindak menaikkan kadar faedah seiring dengan pertumbuhan dalam pasaran pekerjaan.

Pada waktu penulisan, matawang pound diniagakan menokok pada sekitar harga 1.34700 berbanding US dolar, bangkit dari paras terendah yang dicatatkan sejak Disember 2020.

Sementara itu, data juga menunjukkan bilangan pekerja dalam sektor perniagaan meningkat sebanyak 160,000 kepada 29.3 juta, 0.8% lebih tinggi berbanding Februari sebelum wabak Covid-19 melanda.

Bank pusat kini masih bertahan untuk menaikkan kadar faedah dengan memberi alasan mahu menilai terlebih dahulu kesan pemberhentian skim subsidi pekerjaan oleh kerajaan terhadap pasaran buruh dan inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat