Ada Yang Tertanya-tanya Kenapa Harga Minyak Jatuh?

189
  • Brent & WTI AS junam hampir 3%
  • Inventori minyak AS meningkat
  • OPEC kekalkan dasar pengeluaran semasa

Harga minyak mentah didagangkan rendah pada Khamis selepas menjunam hampir 3% ketika sesi dagangan sebelum ini disebabkan laporan menyuramkan dalam bekalan minyak Amerika Syarikat.

Data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan inventori minyak AS meningkat ke paras tertinggi sejak Jun 2021 pada minggu lalu, sebanyak 4.1 juta tong.

Ia merupakan peningkatan mingguan keenam berturut-turut berikutan penggunaan penapisan menurun dan import bersih meningkat.

Ini secara tidak langsung menandakan penurunan permintaan yang berterusan untuk minyak mentah atau bahan api di negara itu.

Ekoran itu, harga minyak mentah tergelincir rendah, dengan dagangan Brent susut 2.89% manakala WTI Amerika Syarikat jatuh 2.96% pada Rabu.

Harga kemudiannya kembali stabil untuk Brent diniagakan sekitar harga $83 setong dan WTI AS pada $77 setong pada sesi Asia hari ini susulan keputusan polisi Federal Reserve (Fed) membenam US dolar.

Nilai US dolar yang rendah menjadikan harga minyak lebih murah bagi pemegang mata wang lain, sekali gus meningkatkan permintaan untuk komoditi itu.

Sementara itu, keputusan OPEC dan sekutunya termasuk Rusia (OPEC+) untuk mengekalkan dasar pengeluaran semasanya turut menambah tekanan buat dagangan minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat