Adakah Ada Kemungkinan Pakej Rangsangan Dilaksanakan Sebelum Pilihan Raya?

534

Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi pada hari ini telah memberi ulasan mengenai pakej rangsangan Covid-19. Perkembangan mengenai hal ini menimbulkan tanda tanya adakah pakej rangsangan ini sempat dilaksanakan?

Pelosi dalam salah satu kenyataan pada hari ini mengatakan masih mungkin untuk mendapatkan satu lagi bantuan COVID-19 sebelum pilihan raya 3 November. Namun hal ini terserah kepada Presiden Donald Trump untuk bertindak dan beruding dengan pihak Republikan yang menentang.

Walaupun penularan wabak Covid-19 semakin serius namun beliau optimis kesepakatan dapat dicapai dan pakej rangsangan tersebut dapat mendorong ekonomi. Tambah Pelosi, Trump hanya perlu menyakinkan pihak Senat Republik.

Pelosi dijangkakan akan melanjutkan rundingan dengan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin, dimana kedua-dua pihak tekad untuk berusaha mencapai kesepakatan yang bernilai sekitar $ 2 trilion sebelum pemilihan presiden dan kongres pada 3 November.

Walaubagaimanapun hal tersebut telah mendapat tentangan oleh segelintir pihak. Atas dasar itu, penasihat ekonomi White House, Larry Kudlow menyatakan pada hari Jumaat bahawa beliau tidak mahu meramalkan bilakah kesepakatan akan dicapai namun beliau tegaskan terdapat perbezaan pandangan antara Demokrat dan pentadbiran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat