Adakah ‘Altseason’ Sudah Tiba? Jom Baca Artikel Ini!

1,250

“Hmm agak-agak sebenarnya musim altcoin dah nak berlaku ke atau lambat lagi?”

Tanpa disedari, altcoin yang sedang diterajui oleh memecoin dan mata wang kripto bertemakan artificial intelligence (AI) akhirnya berjaya mengatasi prestasi Bitcoin (BTC) sepanjang minggu lepas sehingga menyebabkan perdebatan sama ada musim altcoin sudah tiba atau tidak telah tercetus.

Altcoin menunjukkan kekuatan ketara apabila jumlah modal pasarannya naik melebihi $1.1 trilion, jadi di sini dapat dilihat nilainya sepanjang tiga bulan lalu telah canak 64% daripada $697 bilion kepada $1.14 trilion setakat pada 7 Mac 2024.

Suka dimaklumkan pendakian itu membuktikan minat pelabur makin meningkat, oleh itu kenaikan memecoin dan AI sepanjang minggu lepas boleh menjadi petanda bahawa pasaran kripto kini berada pada permulaan musim altseason.

Memang tidak dinafikan indeks musim altcoin meningkat sejak beberapa hari lepas, tetapi ia masih tidak mencukupi untuk mengisytiharkan musim altcoin ditambah pula penunjuk menunjukkan hanya 69% daripada 50 altcoin telah mengatasi BTC dalam masa 90 hari lalu.

Namun, K33 Research berpendapat ia boleh berubah tidak lama lagi susulan kenaikan BTC ke arah paras tertinggi baharunya melihat modal pasarannya dua kali ganda berbanding nilai semua kripto kecuali BTC dan Ethereum (ETH).

Penganalisis bebas CrediBULL berkata musim altcoin tidak akan berlaku sehingga BTC berhenti seketika selepas memecahkan all-time high sebelumnya kemudian naik dua kali ganda dalam masa beberapa minggu, atau altcoin pacak serta-merta.

Pun begitu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MN Trading Consultancy Michael van de Poppe percaya musim altcoin belum bermula susulan ia masih mempunyai 40% hingga 60% modal pasaran sebelum capai paras tertinggi 2021 melebihi $1.1 trilion.

Sebaliknya, pengasas Cardano (ADA) Charles Hoskinson pula yakin musim altcoin akan bermula sebaik Dogecoin (DOGE) mengatasi ADA dalam modal pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat