Adakah China Akan Bergelar Juara Dalam Persaingan Vaksin COVID-19?

974

Menurut sebuah laporan, vaksin coronavirus yang dibangunkan oleh Kumpulan Farmasi Nasional China (Sinopharm) telah siap untuk digunakan oleh umum pada akhir tahun ini, lebih awal daripada jangkaan iaitu pada tahun hadapan, 2021.

Pengerusi Sinopharm, Liu Jingzhen mendedahkan bahawa syarikat itu bakal menyelesaikan ujian keberkesanan vaksin tersebut terhadap manusia pada peringkat akhir dalam tempoh kira-kira 3 bulan.

Sebelum ini, Unit Sinopharm China National Biotec Group (CNBG), yang bertanggungjawab untuk 2 projek vaksin coronavirus, menyatakan bahawa ianya tidak dapat disiapkan segera  hingga sekurang-kurangnya 2021 kerana kekurangan jangkitan baru di China. Kekurangan jangkitan baru telah menyukarkan mereka untuk menguji keberkesanan vaksin tersebut.

Tetapi China telah menemukan tempat percubaan alternatif di luar negara sebagai salah satu usaha untuk mengatasi beberapa rintangan yang dihadapinya dalam persaingan global untuk menghasilkan vaksin untuk memerangi wabak yang telah membunuh lebih dari 600,000 orang di seluruh dunia.

Kini, ujian eksperimental Sinopharm telah memasuki percubaan Tahap III yang melibatkan sekitar 15,000 individu dan 2 jenis vaksin di Emiriah Arab Bersatu.

Selain itu, satu lagi vaksin berpotensi, yang dibangunkan oleh firma China Sinovac Biotech menggunakan teknologi serupa, juga telah diberikan kepada manusia dalam percubaan Tahap III di Brazil.

Mankala vaksin yang dibangunkan oleh CanSino Biologics Inc dan unit penyelidikan ketenteraan China, dikatakan menunjukkan tindak balas positif serta selamat. Ianya mampu mendorong tindak balas imun terhadap kebanyakan subjek dalam kajian tahap pertengahan yang dikawal dengan ketat, juga mencari peluang untuk menjalankan percubaan Tahap III di luar China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat