Adakah ECB Akan Mengikut Jejak Langkah BOC?

299

Memasuki sesi Eropah, semua tumpuan pasaran kini tertumpu kepada pengumuman dasar monetari Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam ini yang dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah dalam pertemuan kali ini.

Bagaimanapun, Presiden ECB Christine Lagarde mungkin berdepan dengan persoalan mengenai berapa lama Zon Eropah memerlukan sokongan daripada pelonggaran semasa.

Beberapa data ekonomi baru-baru ini menunjukkan pemulihan ekonomi yang lebih kuat daripada dijangkakan, dan langkah sekatan coronavirus yang masih dilaksanakan di Zon Eropah mungkin tidak akan memerlukan tindakan selanjutnya oleh bank pusat.

Susulan itu para penganalisis meramalkan, Lagarde mungkin akan memberitahu bahawa ECB akan terus membeli bon dengan kadar yang dipercepat sehingga bulan Jun untuk menyokong keadaan pembiayaan dan membantu ekonomi yang masih dilanda pandemik.

ECB telah melancarkan Pro gram Pembelian Kecemasan Pandemiknya, atau PEPP untuk merangsang pinjaman dan mendorong pemulihan ekonomi. Program itu tidak berubah pada pertemuannya pada bulan Mac, dengan jumlah sasaran pembelian pada €1.85 trilion sehingga Mac 2022.

Namun, ia memutuskan untuk mempercepatkan pembelian bon setiap bulan untuk meringankan beberapa tekanan kenaikan hasil bon kerajaan. Sejak itu bank pusat seluruh EU telah menghabiskan sekitar €17 juta seminggu.

Pelancaran vaksin di Eropah juga mungkin akan membantu ECB untuk meningkatkan prospek pertumbuhan ekonomi. Berita mengenai tambahan 100 juta dos vaksin Pfizer kepada EU, dan kelulusan terhadap penggunaan vaksin Johnson & Johnson, diyakini akan membantu meningkatkan pemulihan pada suku kedua.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat