Adakah EUR/USD Akan Jatuh Sampai Ke Paras 1.2000?

707

Penghujung dagangan minggu lalu menyaksikan mata wang US dolar kembali mengukuh semula berikutan sentimen pasaran yang dinilai berisiko.

Pasaran Wall Street ditutup rendah sementara hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) juga menurun semula.

Di tengah kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan Coronavirus, faktor yang menambahkan kegelisahan pelabur dengan penangguhan agihan vaksin Pfizer di Eropah yang dilihat akan memperlahankan proses pemulihan ekonomi.

Permintaan terhadap mata wang US dolar sebagai safe-haven kembali meningkat semula dan dalam masa yang sama, tekanan yang meningkat terhadap ekonomi Eropah turut memberi kesan penyusutan buat nilai Euro.

Berikutan itu dagangan pada Jumaat lalu melihatkan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD susut lebih rendah di bawah paras 1.21000.

Menutup dagangan minggu lalu di sekitar paras 1.20800, harga terus bergerak perlahan di zon harga tersebut pada sesi Asia bagi permulaan dagangan minggu ini.

Penurunan harga akan dijangkakan menuju paras tumpuan pada 1.20000 jika sentimen pasaran kekal tidak berubah.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula di atas paras 1.21000, kenaikan lebih tinggi dijangka akan menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.21500-1.21800.

Pelabur juga akan berwaspada terhadap data-data ekonomi penting pada minggu ini termasuk mesyuarat polisi bank pusat Eropah.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat