Adakah EUR/USD Akan Kembali Membuat Penurunan Harga Atau Sebaliknya?

808

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD dilihat bergerak mendatar dengan kedua-dua matawang masih didagangkan berwaspada untuk permulaan dagangan minggu ini.

Euro yang memberi reaksi terhadap pergerakan lemah USD sedang menantikan data perkilangan pada zon Eropah pada Khamis untuk pelabur mendapatkan isyarat yang lebih kukuh terhadap perkembangan ekonomi.

Data yang positif akan kembali meningkatkan keyakinan pelabur di mana sebelum ini pelabur dilanda kebimbangan terhadap risiko kegawatan ekonomi pada zon Eropah selain daripada intonasi dovish oleh bank pusat Eropah terhadap keputusan dasar monetari.

Matawang dolar Amerika pula terkesan berikutan sentimen pasaran risk-on membuatkan permintaan pada matawang safe-haven berkurangan dan pelabur lebih tertarik terhadap pelaburan aset yang berisiko namun memberikan pulangan yang lebih tinggi.

Faktor utama yang menyumbangan kepada sentimen semasa pasaran adalah data ekonomi di China yang memberangsangkan baru-baru ini. Sementara itu juga, pasaran turut menantikan keputusan pada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang dijangka positif.

Dilihat pergerakan harga pada EUR/USD untuk Isnin dan Jumaat lalu, harga menguji paras ketinggian pada resistance 1.13200 namun gagal membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut.

Dagangan pada sesi pasaran Asia hari ini pula melihatkan harga menyentuh paras Magic Pivot 1.1306 sebelum pantul membuat penurunan semula sehingga ke paras support 1.1292 (MagicS1).

Jika harga terus membuat penurunan lebih rendah, jangkaan destinasi yang menjadi tumpuan harga adalah paras 1.12700 yang juga merupakan paras support (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, jangkaan paras ketinggian terbaru harga bakal dicapai di paras sekitar resistance 1.13300 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan lebih tinggi akan menguji paras resistance seterusnya yang berada pada paras 1.1340 (MagicR3).

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 1.1292, 1.1282, 1.1268.

Paras resistance: 1.1316, 1.1330, 1.1340.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat