Adakah EUR/USD Terus ke Bawah Dalam Jangka Panjang? Ikuti Ucapan Draghi ini !

55

Semalam Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) berucap di German Institute for Economic Research, di Berlin. Draghi fokus kepada sebab-sebab kadar faedah yang terlalu rendah dalam ekonomi global.

Dia juga mempertahankan polisis pelonggaran kuantitatif (quantitative easing) dan menyatakan adalah sukar untuk membuat kesimpulan kesan daripada polisi bank pusat akan menyebabkan ketaksamaan dalam pendapatan.

Dia menekankan KDNK (GDP) di Eropah akan lebih rendah jika bank pusat tidak menggunakan mandat yang ada untuk polisi pelonggaran (easing policy). Polisi ini akan diteruskan sehingga sasaran 2.00% tercapai.

Draghi, walaubagaimanapun, mengakui kadar faedah rendah itu sememangnya tiada kos. Bank pusat berpendapat untuk tidak membiarkan kadar ini dalam jangka masa yang terlalu lama kerana ia mampu accumulate (mengumpul) kesan-kesan sampingan kepada pasaran kewangan Eropah.

Komen ini seperti menampakkan yang Bank pusat akan memotong kadar lagi di masa hadapan. Untuk rekod kadar deposit ECB ketika ini ialah -0.40 peratus. Kadar ini ialah, kadar yang dikenakan oleh bank pusat kepada bank-bank yang menyimpan wang di bank pusat.

Seperti rakyat biasa juga yang diberikan kadar faedah apabila menyimpan wang di bank. Dalam hal ini, sebaliknya berlaku dimana bank akan membayar 0.40% kepada bank pusat Eropah jika mereka menyimpan wang di bank itu.

Hal ini adalah satu polisi bank pusat untuk tidak menggalakkan mereka menyimpan wang, tetapi sebaliknya menggunakan wang itu untuk aktiviti perniagaan bagi merancakkan ekonomi.

Walaupun ECB masih komited dalam polisi expansionary (pengembangan), namun persoalan untuk menaikkan semula kadar itu amat kritikal apabila kadar inflasi mula meningkat.

Polisi expansionary adalah sama dengan polisi pelonggaran (quantitative easing) yang mana tujuannya untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Pada ucapannya semalam, pasaran hanya bergerak perlahan yang dapat dilihat pada pasangan matawang EUR/USD yang naik tak sampai 50 pip ketika itu.

 

Ini Perkara Penting Tentang News Besar ECB Semalam !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat