Adakah Gabungan Exxon Mobil Corporation dan Inter Oil Corporation Akan Membuahkan Hasil?

133

Crude oil Futures merekodkan peningkatan dalam Sesi Asia pada hari Jumaat. Namun begitu, keuntungan ini dilihat terhad berikutan kejatuhan besar dalam sesi sebelum ini apabila pelabur mula menilai semula laporan data Amerika Syarikat. Laporan terbabit menjangkakan lebihan bekalan petroleum dan peningkatan eksport minyak mentah Iraq.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat naik 6 sen kepada $ 44.81 setong pada 0209 GMT. Kontrak itu dilaporkan jatuh 2.2% pada hari sebelumnya.

Dalam masa yang sama, Brent mentah naik 14 sen pada $ 46.31 setong. Penanda aras global ditutup pada 97 sen, atau 2.1%, lebih rendah pada hari Khamis. Brent bakal menurun hampir 3% minggu ini.

Lebihan bekalan minyak global telah berkurangan, namun, jumlah minyak mentah dalam tangki simpanan, kapal tangki, di darat dan air mengambil masa yang lama untuk proses penstabilan bekalan daripada jangkaan.

Eksport minyak Iraq diramal bakal meningkat pada bulan Julai menurut data dan sumber industri. Sekali gus meletakkan pertumbuhan bekalan dari OPEC sebagai ke-2 terbesar serta kembali stabil selepas 2 bulan penurunan.

Pada tahun 2015, Iraq menyumbang peningkatan bekalan terbesar kepada OPEC. Kemudian, pertumbuhan dilihat perlahan pada tahun ini disebabkan oleh penyelenggaraan dan masalah teknikal. Selain itu, Iraq juga mendapati penggunaan domestik yang lebih tinggi pada musim ini telah mengurangkan jumlah eksport.

Menurut Reuters dan sumber industri, eksport dari Selatan Iraq mempunyai purata 3.28 juta tong sehari dalam tempoh 21 hari pertama bulan Julai. Angka ini meningkat dari bulan Jun iaitu sebanyak 3.18 tong sehari.

Sementara itu, tahun ini juga menyaksikan Iran sebagai pembekal terbesar dalam eksport bagi Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum selepas negara itu pulih daripada sekatan Barat.

EIA juga telah mengeluarkan kenyataan pada awal minggu ini bahawa stok minyak mentah Amerika berada paling rendah dalam sejarah iaitu sebanyak 519.50 juta tong tahun ini.  Selain itu, jumlah stok minyak mentah Amerika Syarikat meningkat 2.62 juta tong ke paras tertinggi iaitu 2.08 juta tong. Perkara ini terjadi berikutan kejutan stok petrol sebanyak 911,000 tong semasa musim panas.

EExxon Mobil Corporation juga mengumumkan rancangan untuk mendapatkan InterOil Corporation dengan nilai $2.5 billion dalam satu perjanjian bagi meluaskan pengaruh ke seluruh Asia Tenggara. Dalam penggabungan ini, sebanyak 36.5% kepentingan dalam bidang Elk-Antleope dapat diperoleh oleh ExxonMobil. Rex W.Tillerson, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Exxon Mobil Corporation berkata, rancangan penggabungan ini bakal mengembangkan lagi perniagaan Exxon Mobil Corporation di Papua New Guinea serta mengukuhkan kedudukan syarikat dalam industri cecair gas asli.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat