Adakah GBP/USD Akan Kekal Papar Trend Bearish Menjelang Mesyuarat BOE?

377

Jika diperhatikan kepada carta harga pasangan matawang GBP/USD, harga dilihat terus mengekalkan trend bearish dengan kembali menguji zon RBS (resistance become support) 1.36000.

Tekanan mengenai kebimbangan Brexit masih menghimpit matawang Pound untuk lemah pada awal dagangan November meskipun Perancis memberi peluang kepada UK untuk meredakan perbalahan.

Pound turut kekal terpalit kepada ketidakpastian serta gambaran yang jelas terhadap Bank Pusat England (BOE) dalam membuat peningkatan kadar faedah atau tidak pada mesyuarat polisi Khamis ini.

Ekoran daripada itu, ia terus merangsang matawang USD untuk lebih mengukuh namun terbitan data penting dan mesyuarat FOMC pada malam ini akan menjadi penentu kepada raja matawang itu.

Pergerakan harga pada carta GBP/USD juga nampaknya telah membuat penurunan melebihi 200 pips daripada paras tertinggi dan zon rintangan yang paling ‘kebal’ untuk ditembusi sekitar 1.38300.

Harga masih kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) walaupun memapar sedikit lonjakan atau pun rebounce di zon RBS 1.36000 ketika dagangan pada sesi Asia hari ini (Rabu).

Penyusutan yang ketara akan memperlihatkan pergerakan harga menyusut ke zon sokongan 1.35000 dan secara tidak langsung akan mencipta paras terendah terbaharu dalam masa 4 minggu.

Namun jika zon RBS ketika ini berupaya untuk terus menyokong semula lonjakan harga ke paras lebih tinggi, zon SBR (support become resistance) 1.37000 akan kekal menjadi zon utama untuk diuji.

Terbangan harga yang agresif akan menuju ke zon SBR selanjutnya pada 1.38000 dan sekali lagi mungkin akan mencapai paras ketinggian 1.38300 yang sering mengekang lonjakan lebih gah.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat