Adakah GBP/USD Bakal Sambung Turun Lagi Selepas Terjun 100 Pips Akhir Minggu Lalu?

281

US dolar berjaya pamerkan pengukuhan semula di penutup sesi dagangan minggu lalu, selepas terbitan data inflasi dan harga pengeluar Amerika Syarikat (AS) pada mulanya mendorong penyusutan raja mata wang tersebut.

Dijangkakan berlakunya aktiviti pengambilan untung (profit-taking) selain data tinjauan sentimen pengguna AS yang diterbitkan pada sesi New York yang meningkat mengatasi ramalan dilihat menjadi faktor pengukuhan bagi US dolar.

Seterusnya, pelabur bakal memberikan perhatian kepada terbitan data jualan runcit AS dan juga minit mesyuarat FOMC bagi menilai pergerakan US dolar pada minggu ini.

Sementara untuk mata wang Pound pula, pelabur berjaga-jaga menantikan terbitan laporan data pekerjaan dan data inflasi United Kingdom (UK) di mana akan turut dipantau oleh bank pusat England (BOE) dalam penetapan dasar monetarinya.

Melihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah memaparkan petunjuk terhadap perubahan trend bearish setelah corak penurunan ditunjukkan di sesi dagangan akhir minggu lalu.

Pada Jumaat, harga telah membuat penurunan dari paras 1.22000 sehingga mencecah ke paras sokongan pada 1.21000 dengan sekitar 100 pips penurunan harian  telah dicatatkan.

Harga yang juga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD telah mencetuskan isyarat perubahan trend bearish setelah gagal mengekalkan corak lonjakan sebelumnya.

Jika harga menyambung penurunan dan susut di bawah paras 1.21000, penurunan harga dilihat akan menuju ke zon 1.20000 yang menjadi zon lantunan harga ketika diuji pada dagangan awal Ogos lalu.

Penyusutan lanjut harga yang berjaya melepasi zon tersebut seterusnya bakal mensasarkan ke paras-paras tumpuan berikutnya pada 1.19400 dan 1.18800.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula dari zon 1.21000, kenaikan harga bakal kembali menguji semula paras rintangan pada 1.22000 sebelum memberi isyarat perubahan trend bullish setelah melepasi paras halangan MA50 pada carta harga.

Dan untuk kenaikan lebih tinggi, harga dijangka untuk menguji zon rintangan pada ketinggian 1.23000 setelah kenaikan harga beberapa minggu ini dilihat masih gagal untuk tembusinya.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat