Adakah Ini ‘Hint’ Shiba Inu Akan Disenaraikan Di Robinhood?

2,183

Tumpuan komuniti kripto mula kembali kepada aset kripto Shiba Inu apabila terdapat desas desus akan di senaraikan di platform Robinhood. Setakat ini sebanyak 500,000 petisyen telah ditandangani agar Shiba Inu disenaraikan di Robinhood. Hal ini telah berjaya menarik perhatian COO Robinhood.

COO Robinhood Christine Brown telah membuat kehadiran di Yahoo Finance untuk bercakap tentang rancangan masa depan syarikat dan pasaran kripto. Antara soalan yang diajukan ialah berkenan petisyen Shiba Inu untuk disenaraikan di Robinhood. Dalam menjawab persoalan tersebut Brown pertama kali memuji kripto meme itu dengan mengatakan bahawa altcoin mempunyai beberapa ciri unik yang membantunya mendaki carta, terutamanya komuniti yang kuat di belakangnya.

“Salah satu perkara yang menjadi kesukaan saya ialah untuk melihat komuniti kripto meme ini terlibat dengan kami” kata Brown.

Apabila ditanya sama ada syarikat itu ingin menyenaraikan $SHIB, Brown memberikan lebih banyak jawapan diplomatik, mendakwa tumpuan mereka adalah pada penyenaraian aset kripto yang selamat dan terjamin dalam jangka masa panjang. Selain itu ia juga harus melepasi piawaian yang ditetapkan.

Shiba Inu ($SHIB), kripto meme telah mula kembali menjadi tumpuan sejak sebulan lalu apabila catat lonjakan harga 1,000% dan mempamerkan tahap penggunaan di mana bilangan wallet hampir mencecah 1 juta. AMC Theaters, rangkaian pawagam terbesar di AS bersedia untuk menawarkan pembayaran melalui Shiba Inu.

Harga Shiba Inu kini didagangkan pada paras harga $0.0000515, kehilangan 20% dalam tempoh 7 hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat