Adakah Ini ‘Hint’ Untuk Mesyuarat Polisi BOJ Minggu Depan?

291

Gabenor Bank of Japan (BOJ), Haruhiko Kuroda mengulangi kesediaan bank pusat untuk melonggarkan dasar monetari lebih lanjut jika diperlukan, dengan mengawasi impak coronavirus terhadap ekonomi.

Kuroda turut mengatakan bahawa aktiviti ekonomi akan tetap berada di bawah tahap pra-pandemik untuk sementara waktu ketika sekatan untuk mengekang penularan virus membebankan industri perkhidmatan.

Namun, beliau yakin bahawa ekonomi ketiga terbesar di dunia itu akan pulih apabila kesan pandemik mereda, dengan permintaan eksport yang kukuh menyokong keuntungan korporat dan perbelanjaan modal.

Selain itu, Kuroda juga memberitahu bahawa BOJ akan memfokuskan kepada mengekalkan langkah sokongan yang diberikan kepada perusahan kecil yang terjejas akibat coronavirus.

Kebanyakan penganalisis menjangkakan BOJ akan mengekalkan dasar monetari semasa untuk sementara waktu, termasuk pada pertemuan polisi pada minggu depan, ketika ekonomi secara beransur-ansur pulih dari kesan pandemik yang teruk.

Memasuki sesi Eropah, matawang yen didagangkan stabil berbanding dolar greenback yang mencatatkan penyusutan berikutan bacaan laporan pekerjaan NFP AS yang bercampur-campur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat