Adakah Ini Perkhabaran Yang Baik Atau Buruk Kepada XRP?

1,663

Perkembangan matawang kripto XRP terus dinantikan oleh pelabur tegar XRP yang mana masih lagi menunggu keputusan terakhir mengenai perbicaraan saman oleh Securities and Exchange Commission (SEC).

Selain itu, ada juga ura-ura yang menyatakan bahawa kes perbicaraan antara Ripple dan SEC mungkin akan berlanjutan lebih lama lagi walaupun pada sebelum ini dikatakan bakal berakhir pada bulan Ogos.

Terbaru, terdapat satu transaksi XRP sebanyak 291,570,224 XRP yang dipindahkan daripada Jed McCaleb Settlement ke dompet milik bekas CEO Ripple Jed McCaleb seperti yang dikongsikan pada ciapan Twitter Whale Alert.

Pelabur terus berteka-teki sama ada Jed McCaleb bakal menjualnya juga dan ke mana agaknya arah pergerakan seterusnya bagi XRP ini?

Ini kerana hampir setiap hari terdapat transaksi penjualan XRP yang dilakukan oleh Jed McCaleb dan walaupun beliau sentiasa menjual XRP pada setiap hari, Jed McCaleb masih mempunyai 641,127,096 XRP di dalam dompet beliau.

Meneliti kepada carta XRP/USDT, pergerakan harga XRP dilihat berjaya membuat lonjakan melebihi 20% pada penghujung pasaran Jun untuk kembali menguji paras SBR (support become resistance) sekitar $0.70.

Sekiranya XRP terus mempamerkan lonjakan, zon SBR seterusnya $0.80-$0.85 akan menjadi paras tumpuan untuk diuji dan mungkin bakal memberi penanda aras untuk XRP melonjak dengan agresif.

Kenaikan yang lebih tinggi dilihat bakal menuju ke paras SBR $0.93 sebelum jangkaan untuk kembali menguji paras $1 dan mengekalkan trend kenaikan yang lebih jelas.

Namun sebaliknya jika XRP kembali menyusut, paras sokongan sekitar $0.55 bakal diuji semula dan akan kekal menjadi zon utama untuk dinilai sama ada menyokong semula lonjakan harga atau bakal meneruskan penurunan harga.

Jika trend penurunan harga terus berlaku, harga dijangka bakal menembusi paras sokongan $0.55 untuk menuju ke paras rintangan seterusnya sekitar $0.42-$0.48.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga XRP melonjak sekitar 1% dan untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.66.

Lihat gambar carta matawang kripto XRP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat