Adakah Kenaikan Harga Pada EUR/USD Mampu Dikekalkan Menjelang Laporan Pekerjaan NFP?

815

Dagangan harga pada pasangan matawang EUR/USD dilihat mula menunjukkan corak pergerakan menaik harga selepas mencecah ke paras terendah tiga minggu di sekitar zon support pada 1.11800.

Momentum pengukuhan USD pada minggu ini mula lemah berikutan pelabur yang berwaspada terhadap dagangan USD menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat ini.

Turut menimbulkan kebimbangan pelabur, laporan data pekerjaan dalam sektor swasta yang dikeluarkan semalam yang mencatatkan angka pertambahan yang lemah berbanding jangkaan pasaran.

Sementara matawang Euro pula cuba untuk mencari kekuatan kembali dalam situasi sentimen pasaran yang semakin pulih.

Antara faktor yang menyumbang pada pemulihan sentimen pasaran adalah jangkaan optimis terhadap perkembangan rundingan dagang antara dua ekonomi gergasi dunia iaitu Amerika dan China yang dilaporkan sudah menghampiri fasa-fasa akhir rundingan.

Pergerakan harga pada EUR/USD telah membuat kenaikan dari paras support sekitar 1.11800 dan dagangan semalam melihatkan harga mencapai paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line sebagai paras tertinggi dagangan harian sebelum mula bergerak mendatar.

Dagangan yang bersambung pada hari ini juga melihatkan pergerakan lemah harga yang mendatar di antara paras Magic Pivot 1.1227 dan juga resistance 1.1256 (MagicR1).

Jika harga membuat penurunan hari ini, jangkaan paras yang bakal dituju harga adalah pada support 1.11800 untuk harga menguji semula paras tersebut yang masih gagal ditembusi sebelum ini.

Namun, jika harga berjaya menyambung momentum awal kenaikan, paras resistance pada 1.12700 berkemungkinan akan ditembusi sebelum harga menuju ke paras sekitar 1.13000 dan juga resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line dengan catatan sekitar 70 pips kenaikan.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.1201, 1.1171, 1.1145.

Paras resistance: 1.1256, 1.1282, 1.1311.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat