Adakah Kiraan Undian Pilihan Raya Akan Dibuat Semula?

410

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengambil langkah baharu dengan memfailkan tindakan undang-undang di Michigan sementara Georgia mengumumkan kiraan semula undian.

Lapor Reuters, Trump mendakwa berlaku salah laku terhadap kiraan undian di kubu kuat parti Demokrat di Wayne County, yang merangkumi Detroit, Michigan.

Menurut jurucakap Jabatan Negeri Michigan, Jake Rollow, pasukan kempen Trump cuba ‘mempromosikan’ dakwaan palsu bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap pilihan raya itu.

“Itu tidak akan mengubah kebenaran. Pilihan raya Michigan dilakukan dengan adil, aman, telus dan hasilnya adalah refleksi yang sebenar daripada kehendak rakyat,” kata Rollow menerusi kenyataan dikeluarkan.

Dalam pada itu, Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger mengumumkan pengiraan semula undian di semua 159 daerah di negeri itu.

Beliau berkata, pengiraan itu akan bermula minggu ini dan akan berakhir menjelang tarikh akhir pengesahan keputusan pilihan raya pada 20 November kelak.

Sabtu lalu, calon Demokrat, Joe Biden berjaya memenangi pilihan raya Presiden selepas meraih lebih 270 undi elektoral dan turut memperoleh lebih 5 juta undi popular.

Demokrat dan para pengkritik lain membidas tindakan Trump yang dikatakan cuba melemahkan keyakinan rakyat terhadap sistem elektoral AS dan menafikan kemenangan Biden menerusi dakwaan yang tidak berasas.

Meskipun Trump sebelum ini menegaskan enggan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Biden, calon Demokrat itu tetap bertemu para penasihat yang akan membantunya dalam urusan pentadbiran apabila beliau dilantik menjadi Presiden pada 20 Januari kelak semalam.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat