Adakah Kripto Safemoon Adalah Dogecoin Ke-2?

2,272

Baru-baru ini kripto baru yang dipanggil SafeMoon kerap menjadi bualan sejak beberapa hari kebelakangan ini dalam kalangan para pelabur kerana ia memberi nilai pulangan yang sangat banyak.

Ia mula dilancarkan pada bulan lalu. Dapat dikatakan baru berapa minggu sahaja kewujudaan Safemoon. Walaupun tidak ramai yang mengetahui tentang tujuan dan projek Safemoon, namun disebabkan jangkaan ia akan memberi pulangan lumayan, ramai yang FOMO (FEAR OF MISSING OUT) iaitu takut ketinggalan dalam membuat keuntungan melabur dalam token tersebut.

Berdasarkan laman sesawang Safemoon, syarikat tersebut menyatakan bahawa token mereka ialah token DeFi atau token kewangan desentralisasi. Safemoon juga mendakwa bahawa mereka akan memberi ganjaran kepada orang membeli dan memegang kripto mereka. Bagi mereka yang menjual akan dikenakan 10 peratus sebagai yuran daripada setiap jualan.

Kebanyakkan pelabur melihat ini sebagai satu pelaburan yang berisiko kerana ia hanya menggalakkan orang ramai untuk terus membeli dan belum lagi tersenarai di pertukaran kripto terkemuka dan terpercaya.Ditambah pula ia didorong oleh permintaan dan penawaran. SafeMoon telah mencatat peningkatan lebih 1100% dan subreddit mereka telah memiliki 100 ribu ahli.

Walaupun mencatat prestasi cemerlang, kejatuhan harga yang besar menyebabkan ramai yang mula skeptikal mengenai latar belakang pendiri projek, tujuan projek dan  kemajuan projek.

Tamsilnya, pelabur haruslah memahami risiko pelaburan kripto dan melabur dengan kadar sanggup rugi. Dalam masa yang sama turut mempertimbangkan perlindungan pengguna, turun naik harga, kerumitan produk dan caj yang dikenakan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat