Adakah Kumpulan G7 Akan Turun Tangan Untuk Mencegah Penularan Wabak Koronavirus?

302

Pada hari ini ketua kewangan kumpulan G7 telah mengeluarkan kenyataan mengenai ekonomi dan kaitannya dengan wabak koronavirus. Kumpulan G7 merupakan negara peneraju industri yang terdiri daripada UK, AS, Jerman, Jepun, Perancis, Kanada, dan Itali. Kebiasaanya, ketua negara untuk setiap keahlian ini bermesyuarat untuk membincangkan dan menyelesaikan isu yang timbul secara berkala yang mempengaruhi polisi ekonomi antarabangsa.

Pada hari ini, ketua kewangan G7 telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia untuk sedaya upaya untuk mengurangkan impak penularan wabak koronavirus terhadap ekonomi walaupun setakat ini belum ada langkah-langkah spesifik efektif yang ditentukan.

Menurut-menteri kewangan dan gabenor bank pusat, “setakat ini pihak kami sedang memantau dengan teliti penularan wabak koronavirus (COVID-19) dan impaknya terhadap keadaan pasaran dan ekonomi”. Tambah pihak mereka, pihak G7 dan bank pusat menegaskan akan menggunakan semua alat dasar yang sesuai bagi mencapai pertumbuhan yang kukuh, mampan dan melindungi daripada risiko penurunan harga.

Kebanyakkan para penggubal polisi berada dalam tekanan bagi memenuhi janji-janji mereka pada baru-baru ini untuk melindungi pasaran dan ekonomi dari penularan wabak tersebut. Dalam masa yang sama, para pasaran dihimpit dengan kekhuatiran dengan kemungkinan bahawa ekonomi akan mencatat prestasi yang buruk seperti yang berlaku pada tahun 2009 akibat daripada krisis kewangan.

Dalam kenytaan yang sama, para menteri kewangan G-7 bersedia untuk mengambil sebarang tindakan termasuk langkah-langkah fiskal yang sesuai untuk menyokong ekonomi buat masa sekarang.

Disisi lain, pada hari ini, negara Australia dan Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kadar faedah. Para pelabur kini sedang meneliti adakah the Fed dan negara-negara utama lain akan mengikuti jejak langkah tersebut.

Pemain pasaran matawang meramalkan bahawa terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa the Fed akan menurunkan kadar sehingga 50 mata asas pada atau sebelum mesyuarat pada 17-18 Mac.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat