Adakah Kusama (KSM) Bakal Capai Paras Tertinggi Terbaru (ATH)?

173

Kusama, berperanan sebagai rangkaian canary polkadot yang sering juga digambarkan sebagai ‘sepupu polkadot’ sebuah platform berskala blockchain khusus dibina menggunakan ‘substrate’ dan mempunyai ‘codebase’ yang hampir sama dengan Polkadot.

Kusama dibangunkan oleh sebuah pasukan yang mencipta Polkadot iaitu syarikat Parity Technologies. Pengasasnya ialah Dr. Gavin Wood, seorang saintis dan pengaturcara komputer terkenal di dunia, yang juga pengasas bersama Ethereum.

Lebih unik lagi, Kusama dibina melalui multichain, dimana mempunyai reka bentuk heterogeneously-sharded yang menggunakan sistem konsensus nominated proof-of-stake (NPoS) yang berdaya membuat peningkatan pada rantaian tanpa fork untuk membolehkan komunikasi dengan parachain yang lain pada rangkaian Kusama.

Baru-baru ini, Kusama mempamerkan potensi yang baik dalam pasaran setelah melancarkan sebuah projek ‘Kusama Parachain Auctions’.

Tujuan utama lelongan paracahain ini adalah untuk menguji sistem parachain Kusama, lelongan tersebut dianggarkan bermula 15 Jun 2021.

Sementara itu, mari teliti carta pergerakan semasa harga KSM/USDT.

Setelah mengalami penyusutan harga yang besar pada bulan lalu, Kusama gagah menyaksikan kenaikan harga lebih 80% dari hujung bulan Mei sehingga pembukaan pasaran pada hari ini.

Susulan daripada itu, Kusama sekaligus menembusi zon RBS (resistance become support) sekitar $480 dimana zon tersebut dilihat sukar untuk dilepasi oleh Kusama sebelum ini.

Penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga meneruskan trend bullish, paras resistance sekitar harga $600 bakal diuji semula sebelum menuju paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicatatkan pada 18 Mei lalu mencapai $623.75.

Namun, tidak mustahil bagi Kusama untuk meneruskan kenaikan harga jika bermulanya lelongan parachain tersebut untuk menarik perhatian para pelabur.

Risiko seterusnya, jika harga menyaksikan trend bearish, zon RBS sekitar $480 bakal menjadi tumpuan utama semula sebelum penurunan yang lebih rendah dijangkakan menuju sekitar $400 ataupun selanjutnya.

Sewaktu penulisan, KSM/USDT diperdagangkan pada $508 dengan lonjakan lebih 20% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto KSM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat