Adakah Laporan NFP Akan Bantutkan Pengukuhan Euro?

746

Euro meningkat lebih tinggi berbanding US dolar untuk hari dagangan ke-8 berturut-turut, disokong oleh langkah rangsangan yang dipertingkatkan Bank Pusat Eropah (ECB) melebihi jangkaan pasaran.

ECB meningkatkan Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) sebanyak €600 bilion, lebih daripada €500 bilion yang diramalkan oleh pasaran. Ini menjadikan jumlah rangsangan meningkat kepada €1.35 trilion dan program itu akan dilanjutkan sehingga pertengahan 2021.

Selain itu, bank pusat juga menurunkan unjuran ekonomi mereka, tetapi ia tidak selemah seperti yang dikhuatiri oleh pasaran. ECB melihat ekonomi Zon Eropah akan menguncup sebanyak 8.7% pada tahun 2020 dan kembali pulih pada 5.2% pada tahun 2021.

Walaupun data suku kedua dianggarkan lemah dan penguncupan ketara akan berlaku, bank pusat menjangkakan pemulihann akan bermula pada suku ketiga berikutan terdapat kemerosotan pada bulan Mei.

Keuntungan yang diraih euro telah membantu untuk menyokong selera terhadap matawang berisiko pada sesi Asia. Bagaimanapun, sentimen pasaran dilihat lebih berhati-hati menjelang penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini.

US dolar didagangkan mengukuh berbanding safe-haven yen dengan hasil perbendaharaan 10 tahun meningkat lebih 11%, menandakan pelabur menjangkakan bacaan laporan NFP yang lebih baik.

Dagangan dolar Kanada turut menjadi perhatian dengan didagangkan di sekitar paras ketinggian 3 bulan berbanding USD menjelang penerbitan data pekerjaan Kanada malam ini.

Matawang pound juga turut meraih keuntungan sehingga mencecah paras harga $1.263 berbanding USD sebelum susut sedikit pada sesi Asia, meskipun masih dibelenggu oleh ketidakpastian dalam rundingan perdagangan Brexit.

Di sisi lain, dolar Aussie didagangkan mendatar setelah mencecah paras ketinggian 5 bulan $0.6987 pada sesi sebelum ini, sementara dolar kiwi turut diniagaakan positif menghampiri paras tertinggi 4 bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat