Adakah Laporan NFP Bakal Mencipta Kejutan Buat US Dolar?

661

US dolar didagangkan stabil berbanding matawang utama pada sesi dagangan Asia, sementara tumpuan pasaran kini terarah kepada laporan NFP yang akan diterbitkan malam ini setelah menyaksikan bacaan yang memberangsangkan dalam data pembuatan dan pekerjaan ADP.

Data pekerjaan ADP yang diterbitkan pada sesi New York menunjukkan bilangan pekerjaan sektor swasta meningkat sebanyak 2.369 juta pada Jun, tetapi lebih rendah daripada jangkaan untuk penambahan 2.85 juta.

Bagaimanapun, bacaan yang disemak semula pada Mei memperlihatkan peningkatan yang ketara dengan pertambahan sebanyak 3.065 juta daripada anggaran awal yang menyusut 2.76 juta.

Sementara laporan PMI pembuatan ISM pula meningkat 52.6 pada bulan Jun, lebih baik daripada jangkaan pasaran untuk kenaikan 49.5 dan bacaan 43.1 yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Peningkatan mengejutkan dalam bacaan NFP pada bulan Mei, di mana ia pada awalnya dijangkakan untuk menyusut menyebabkan pasaran menjangkakan kenaikan yang lebih tinggi untuk bulan Jun.

Sementara itu, laporan mengenai vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh firma bioteknologi Jerman BioNtech dan syarikat gergasi farmasi AS Pfizer telah menunjukkan hasil positif dalam ujian peringkat awal terhadap manusia, telah menyokong sentimen pasaran.

Dolar Aussie dan New Zealand terus mengekalkan momentum pengukuhannya untuk didagangkan tinggi berbanding US dolar walaupun ketegangan AS-China mengenai undang-undang keselamatan Hong Kong masih membelenggu pasaran.

Dalam pada itu, matawang pound juga menokok lebih tinggi dengan ketidakpastian mengenai Brexit terus mengganggu pasaran. Canselor Jerman Angela Merkel memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) supaya bersedia untuk menghadapi kemungkinan bahawa mereka mungkin tidak dapat mencapai perjanjian dengan UK.

Dagangan euro juga meningkat meskipun terdapat kenyataan negatif daripada Canselor Merkel yang menyatakan bahawa anggota EU masih tidak bersependapat apabila berbincang mengenai data pemulihan EU.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat