Adakah Lonjakan Kes Covid-19 Telah Mengekang Pertumbuhan Pekerjaan Bulan Oktober?

353

Ekonomi Amerika Syarikat mencatat pertumbuhan pekerjaan yang lebih baik daripada yang dijangkakan pada bulan Oktober dan kadar pengangguran turun dengan mendadak walaupun AS berhadapan dengan cabaran peningkatan kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat dan kesannya terhadap pemulihan ekonomi.

Jabatan Buruh A.S melaporkan pada hari Jumaat bahawa bacaan NFP meningkat sebanyak 638,000 dan kadar pengangguran turun kepada tahap 6.9%. Para ahli ekonomi malah hanya meramalkan bahawa tambahan pekerjaan sebanyak 530,000 dan kadar pengangguran jatuh kepada 7.7%.

Penurunan kadar pengangguran adalah suatu yang positif disertai dengan kadar penyertaan tenaga kerja meningkat 0.3 mata peratusan kepada 61.7%. Laporan ini dikeluarkan selepas terdapat laporan bahawa kes jangkitan Covid-19 mencecah 100,000 sehari dalam minggu ini.

Pertumbuhan sektor buruh pada bulan Oktober menjadikan jumlah pertambahan sejak Mei menjadi sekitar 12 juta. Jumlah tersebut walupun tetapi masih kurang 10 juta pekerjaan yang hilang pada bulan Mac dan April.

Ketika tumpuan pasaran masih terarah kepada proses pengiraan undi pilihan raya presiden di beberapa negeri utama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat