Adakah Momentum Lonjakan 320 Pips GBP/USD Semalam Akan Diteruskan Pada Dagangan Hari Ini?

926

Dagangan Pound Sterling pada minggu ini sangat berisiko berikutan faktor ketidaktentuan pada rundingan Brexit dengan waktu pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah semakin hampir.

Matawang GBP melonjak tinggi semalam selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May dilaporkan bergegas ke Strasbourg sebagai inisiatif untuk mengelakkan kekalahan di Parlimen berkenaan perjanjian Brexit beliau.

Pelabur masih belum mendapatkan kepastian yang jelas terhadap keputusan akhir Brexit, namun sentimen positif semasa menyokong pengukuhan GBP buat masa ini. Tetapi, sebarang masalah yang kembali timbul akan mempengaruhi pergerakan volatile harga pada dagangan Sterling minggu ini.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang Sterling berbanding USD, harga pada GBP/USD telah melonjak sekitar 320 pips pada sesi New York semalam sehingga awal pembukaan sesi pasaran Asia hari ini sebelum pergerakan harga kembali perlahan.

Paras resistance 1.3265 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini menjadi penanda aras lonjakan harga semalam dan pasaran akan melihat sama ada harga akan meneruskan kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut atau akan kembali membuat penurunan.

Penurunan harga dijangka akan menguji paras Magic Pivot 1.3113 hari ini yang berada pada zon RBS (resistance become support) semasa pada chart GBP/USD.

Sterling akan terus dibelenggu risiko jika rancangan Brexit PM May berterusan mengalami kegagalan di penghujung tempoh waktu terakhir sebelum 29 Mac ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis anda. Perhatikan juga paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda merancang strategi dagangan yang lebih jelas.

Paras support: 1.1226, 1.1205, 1.1189.

Paras resistance: 1.1263, 1.1278, 1.1299.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat