Presiden Mexico, Presiden Enrique Pena Nieto pada Isnin memberitahu bahawa beliau akan berusaha untuk mengekalkan perjanjian perdagangan bebas tarif di bawah perjanjian NAFTA.
Memetik kenyataan Pena Nieto bandar Mexico, negara itu akan segera mendapatkan tawaran perdagangan dua hala dengan mana-mana negara yang terlibat dengan TPP bagi menjalinkan hubungan perdagangan bebas.
Presiden Donald Trump dijadual akan mengadakan rundingan semula dengan Mexico dan Kanada mengenai hala tuju perjanjian NAFTA.
Trump sebelum ini memberi kenyataan di White House bahawa beliau sedia untuk menarik diri jika “perjanjian yang adil” tidak dapat dicapai dalam rundingan tersebut.
Baca Ulasan Ini Jika Anda Ingin Tahu Kenapa Minyak Mentah didagang Tinggi Pagi Ini!