Adakah OPEC Bakal Jadi ‘Superhero’ Dalam Pasaran Komoditi Ini?

32

Minyak mentah melonjak pada sesi Asia pada Isnin berikutan  OPEC diramal bakal membendung dan menstabilkan pengeluaran minyak mentah.

Di New York, minyak mentah bagi penghantaran bulan September meningkat $44.66 setong walaupun permintaan serantau masih merosot.

Pada minggu depan, pelabur minyak dijangka memberi tumpuan kepada laporan simpanan Amerika Syarikat pada Selasa dan Rabu bagi isyarat bekalan dan permintaan terkini.

Minggu lepas, harga minyak melonjak pada hari kedua berturut-turut selepas kebanyakan pedagang melindungi kedudukan mereka melalui short position. Lonjakan ini bermula pada Khamis apabila Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid al-falih berkata anggota OPEC termasuk bukan ahlinya akan mengambil langkah segera bagi membendung masalah ini. Langkah ini diambil bagi menstabilkan harga minyak semasa pada bulan depan di Algeria.

Disamping itu, OPEC mengumumkan bahawa blok 14 anggota akan bertemu pada 26-28 September bagi menstabilkan jumlah pengeluaran.

Namun begitu, peserta pasaran masih dibelenggu kebimbangan sama ada pertemuan terbabit akan mencapai kata sepakat untuk membekukan pengeluaran global atau tidak.

Cubaan pembekuan bekalan sebelum ini gagal selepas Arab Saudi menarik diri berikutan keengganan Iran memberikan kerjasama.

Sementara itu, Baker Hughes memberi laporan bahawa bilangan pelantar penggerudian minyak masih menunjukkan peningkatan selepas melonjak dari 15 hingga 396.

Mahukan hari yang lebih bermanfaat? Tonton video ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat