Adakah OPEC Dapat Menamatkan Kemelut Yang Melanda Minyak Mentah Sejak 2014 Dalam Mesyuarat Hari Ini?

31

Harga minyak mentah meningkat semula dalam sesi Asia sejurus selepas data inventori dari Amerika Syarikat dikeluarkan. Pelbagai spekulasi juga jelas melanda pasaran minyak mentah menjelang mensyuarat penting OPEC di Vienna hari ini.

Minyak mentah AS di New York Merchantile Exchange didagang pada $45.39 setong setelah meningkat sebanyak 0.35%.

Harga minyak mentah kembali tertekan berikutan laporan media terhadap soalan yang diajukan kepada OPEC mengenai cadangan pembekuan bekalan. Ahli OPEC dijadualkan bertemu di Vienna, Austria hari ini.

Institut Petroleum Amerika pada lewat Selasa melaporkan bahawa inventori minyak mentah jatuh sebanyak 720,000 tong minggu lepas. Angka ini agak besar dari jangkaan asal penganalisis yang hanya menjangkakan penurunan sebanyak 120,000 tong bagi minggu sebelum ini.

Semalam, harga minyak mentah jatuh melebihi 3% pada Selasa setelah pelabur kekal ragu-ragu terhadap pertemuan OPEC yang dikatakan akan menemui jalan buntu.

Sementara itu, penanda aras iaitu minyak Brent juga kali terakhir dinilai pada $47.24 setong.

OPEC sedaya upaya cuba untuk mendapatkan persetujuan 14 anggota dan pengeluar minyak dari Russia bagi mencapai kata sepakat dalam membendung masalah lebihan global yang sudah membelenggu pasaran ini sejak pertengahan 2014 lagi.

Minyak mentah mengalami tekanan jualan selepas Menteri Tenaga Indonesia mengatakan keraguan beliau terhadap keputusan yang bakal dicapai hari ini.

Perjanjian ini terbukti bermasalah apabila pengeluar OPEC dikatakan berbeza pandangan dalam menyelesaikan isu ini.

Walaupun begitu, kebanyakan penganalisis kekal percaya bahawa OPEC mampu mencapai persetujuan hari ini. Pun begitu, mereka masih ragu-ragu sama ada persetujuan ini bakal menstabilkan semula pasaran komoditi ini atau tidak.

Gabenor Ini Ada Pandangan Terkini Mengenai Kenaikan Kadar Oleh Fed Dalam Mesyuarat Disember Nanti

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat