Sehari Lagi Menjelang Disember. Adakah Anda Sudah Bersedia Dengan Penetapan Kadar Oleh Fed?

37

Dalam isyarat terkini mengenai potensi kenaikan dasar, Gabenor Fed berkata bahawa jangkaan kenaikan kadar telah mula diperkukuh semenjak awal November lagi iaitu sebelum Donald Trump dipilih sebagai presiden baru Amerika Syarikat.

Ketika memberikan pendapat mengenai prospek ekonomi AS yng terkini, Gabenor Fed Jerome Powell berkata bahawa Fed telah bertindak bijak dengan tidak terlalu terburu-buru dalam menetapkan dasar. Namun begitu, jika Fed terlalu perlahan dalam membuat keputusan, inflasi boleh meningkat dengan mendadak pada masa depan.

Data yang dikeluarkan dari AS juga sedang berkembang pada kadar yang sihat melalui sektor pekerjaan dan data inflasi yang semakin meningkat. Buat masa ini, data inflasi sedang bergerak secara beransur-ansur kepada angka 2 peratus. Hal ini disuarakan sendiri oleh Powell dalam komen pertamanya semenjak pilihanraya 8 November lalu.

Sebelum ini pada mesyuarat bulan November pada 1 hingga 2 November lalu, Fed telah bersetuju untuk mengekalkan kadar pada tahap yang stabil pada nilai 0.25 hingga 0.50 peratus. Walaupun begitu, potensi kenaikan ini jelas telah mengukuh dalam mesyuarat sejak awal bulan ini lagi.

Anda Tahu Apa Itu Referendum Itali? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat