Adakah Pasaran Perumahan Di A.S Mengalami Nasib Yang Sama Dengan Pasaran Pekerjaan?

384

Kontrak untuk membeli rumah yang pernah dimiliki oleh rakyat A.S meningkat lebih banyak daripada yang dijangkakan pada bulan Jun. Petunjuk terbaru ini menunjukkan bahawa pasaran perumahan mempunyai ketahan yang lebih dalam berhadapan dengan impak Covid-19 terhadap ekonomi.

Data yang dikeluarkan menunjukkan Indeks Jualan Rumah Tertunda meningkat 16.6% kepada paras bacaan 116.1 pada bulan lalu. Bacaan ini jauh lebih baik daripada ramalan ahli ekonomi yang meramalkan kontrak rumah tertunda hanya mampu meningkat 15% pada bulan Jun.

Secara keseluruhan jualan rumah yang tertunda meningkat 6.3% setahun berbanding tahun lalu. Laporan ini dikeluarkan selepas laporan yang disiarkan pada hari Selasa bahawa kepemilikan rumah meningkat ke tahap tertinggi dalam hampir 12 tahun pada suku kedua.

Pasaran perumahan didorong oleh kadar pembiayaan rumah yang rendah bagi mengimbangi kadar pengangguran yang disebabkan oleh krisis Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat