Adakah Pemulihan Pasaran Kripto Satu Perangkap? Penganalisis Dedahkan Fakta Pasaran Perlu Berjaga-Jaga!

957

Seperti yang sedia maklum bahawa the Fed telah mengambil keputusan untuk mengekalkan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas yang seperti dijangka oleh banyak pihak. Rentetan tiada kejutan luar jangkaan, pasaran telah bersedia dan ini telah mendorong peningkatan pelaburan dalam pasaran kripto.

Harga BTC telah meningkat lebih 9% dalam tempoh 24 jam terakhir keparas dagangan $23.1K. Disisi lain ETH mempamerkan prestasi jauh lebih memberangsangkan dengan lonjakan lebih 13% dalam 24 jam terakhir untuk mencapai $1.6K.

Walau bagaimanapun, Alfonso Peccatiello yang merupakan individu berpengaruh dalam dunia pelaburan dan pengarang The Macro Compass memuatkan beberapa kenyataan yang memperingati pemain pasaran. Menurut beliau, ucapan pengerusi Fed Jerome Powell kekurangan panduan untuk kehadapan dan inilah adalah satu aspek yang membimbangkan.

Peccatiello juga mendedahkan portfolionya sendiri di mana dia mendakwa mempunyai pendedahan minimum kepada mana-mana aset risiko spekulatif seperti kripto.

Menurut Peccatiello, pasaran dan kripto dilihat tidak melainkan sehinggalah pengisytiharan Powell bahawa paras inflasi secara umumnya sejajar dengan kadar faedah yang neutral. Powell juga menyebut bahawa berikutan dua kenaikan besar berturut-turut sebanyak 75 mata asas, Fed akan lebih bergantung pada data untuk sebarang tindakan kehadapan.

Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan oleh Peccatiello, sebarang kenaikan kadar faedah selanjutnya daripada Fed akan meletakkan keadaan pasaran semakin tersepit. Lebih membimbangkan bahawa Powell menyebut satu lagi peningkatan yang luar biasa besar yang berpotensi menjadi ukuran yang sesuai untuk mesyuarat FOMC seterusnya pada bulan September.

Ucapan Powell secara amnya telah menggalakkan lonjakan dalam pasaran kripto namun ia kekurangan sebarang panduan untuk masa akan datang adalah suatu satu aspek yang membimbangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat