Adakah Pergerakan Mendatar Harga Pada USD/JPY Bakal Memberikan Kejutan Selepas Ini?

1,003

Pergerakan harga pada pasangan matawang safe-haven USD/JPY mula menunjukkan pergerakan mendatar harga sejak dua hari yang lalu.

Matawang USD dijangka akan terus kehilangan momentum pengukuhan sebelum ini sehingga ke penghujung dagangan mingguan berikutan pelabur berwaspada menantikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

Yen pula kekal bergerak lemah didorong oleh sentimen pasaran semasa yang kembali pulih ekoran jangkaan optimis pada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Kelemahan pada dagangan Yen turut disebabkan oleh faktor fundamental oleh bank pusat di mana gabenor Kuroda masih berpendirian bahawa Jepun harus mengekalkan dasar monetari yang longgar untuk memastikan kestabilan pada ekonomi dan aktiviti perdagangan.

Jika diperhatikan pada dagangan USD/JPY minggu ini, harga dilihat membuat kenaikan sejak awal minggu dengan kenaikan harga mencapai paras resistance pada 111.400.

Seterusnya harga mendatar di bawah paras tersebut pada dagangan Selasa dan pada dagangan Rabu semalam melihatkan harga mendatar dengan julat 10 pips pergerakan antara paras 111.400 dan paras ketinggian 111.500 yang gagal ditembusi harga.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga masih bergerak mendatar dan berlegar di kawasan Magic Pivot 111.425 pada indicator Moshed Magic Line hari ini sehingga ke sesi pasaran Eropah.

Jika harga membuat penurunan pada dagangan hari ini, paras support pada 111.200 akan cuba ditembusi harga sebelum menuju ke paras tumpuan sekitar 110.700 dengan mencatatkan 70 pips pergerakan harga lebih rendah.

Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan dan melonjak lebih tinggi dari paras ketinggian 111.500 semalam, destinasi ketinggian harga seterusnya dijangka akan ke paras sekitar resistance 112.012 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras tumpuan harga berpandukan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan pada strategi dagangan anda.

Paras support: 111.270, 111.054, 110.899.

Paras resistance: 111.641, 111.796, 112.012.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat