Adakah Perlantikan PM Baharu UK Akan Mengubah Pendirian BoE? Ini Perkara Perlu Diketahui Pelabur!

250

Bank of England telah mendapat dorongan dalam usahanya menentang inflasi dalam jangka pendek daripada pakej rangsangan Perdana Menteri Liz Truss. Waima begitu kekal bersedia untuk menaikkan kadar faedah secara mendadak minggu depan.

Had tarif yang diumumkan oleh Truss pada Khamis, yang dijangka menelan kos 100 bilion pound ($116 bilion) atau lebih dalam tempoh dua tahun boleh mendorong inflasi memuncak sehingga lima mata peratusan, menurut pakar ekonomi.

Para penggubal dasar masih bimbang mengenai jangkaan inflasi yang semakin berakar umbi dalam ekonomi, tetapi akan menjadi jauh lebih membimbangkan daripada senario tanpa campur tangan kerajaan.

Untuk mengatasinya, BoE boleh menaikkan kadar lebih cepat dan lebih tinggi daripada yang dijangkakan, bermula dengan pengumuman dasar September pada Khamis depan. George Buckley, seorang ahli ekonomi meramalkan kenaikan kadar separuh peratusan pada 15 September – yang akan menyamai kenaikan bulan lalu.

Menteri kewangan baharu Kwasi Kwarteng dijangka mengumumkan bajet kecemasan, termasuk pemotongan cukai, akhir bulan ini. Selain menaikkan kadar, BoE akan mula menjual stok bon kerajaan British yang mula terkumpul selepas krisis kewangan global 2007-08.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat