Adakah Pertemuan Minggu Ini Akan Mendamaikan AS-China?

305

Mungkin sudah tiba masanya untuk dua negara ekonomi terbesar dunia, China dan Amerika Syarikat (AS) untuk berdamai.

Setiausaha AS, Mike Pompeo akhirnya meluahkan hasrat untuk berjumpa dengan delegasi China di pangkalan tentera AS di Hawaii pada minggu ini dengan tujuan untuk membincangkan ketegangan hubungan mereka yang tiada penghujungnya.

Seperti yang sedia maklum, hubungan kedua-dua negara tersebut dingin berikutan isu pengawalan coronavirus dan tindakan China memperkenalkan undang-undang baru terhadap Hong Kong. Lebih memburukkan pada Mei lalu Presiden Donald Trump mengancam untuk memutuskan hubungan dengan Beijing.

Dilaporkan pertemuan itu akan diadakan di pangkalan Hickam Air Force Hawaii dan Pompeo dijangka akan bertolak dari Washington pada Selasa untuk pertemuan yang dijadualkan pada Rabu.

Sementara itu ahli majlis negara dan anggota Parti Komunis, Yang Jiechi akan mewakili China di dalam pertemuan bersama Pompeo.

Di dalam pertemuan itu turut akan membincangkan beberapa isu seperti tindak balas terhadap kes coronavirus, kawalan senjata, perdagangan, Hong Kong dan Korea Utara.

U.S China Business Council yang mewakili 200 syarikat perniagaan di China, berkata diplomasi tersebut akan mengetengahkan bahagian pertama perjanjian dengan tujuan mengakhiri perang perdagangan sekaligus menyelesaikan isu pertikaian yang lain.

Kedua-dua negara tersebut tidak memberi ulasan lanjut berkenaan pertemuan ini. Walau bagaimanapun jurucakap menteri luar negara China, Zhao Lijian menjelaskan bahawa China dan AS mengekalkan perbincangan melalui saluran diplomatik.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat