Adakah ‘Rally’ Saham Pada Tahun 2020 Akan Berulang Kembali?

515

Penganalisis dari BlackRock, Larry Fink menzahirkan pandangan beliau mengenai potensi saham pada tahun 2021 dengan kebanyakkan negara mula mengenakan ‘lockdown’ bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

CEO kepada firma pengurus aset terbesar dunia itu berpendapat bahawa pasaran saham masih mempunyai ruang untuk terus melonjak naik. Namun beliau menjangkakan lonjakan harga adalah tidak setinggi dahulu yang dicapai pada tahun 2020.

Berdasarkan data, bursa saham S&P 500 telah meningkat lebih daripada 20% dalam tempoh masa dari 1 Julai sehingga 31 Disember berikutan pemulihan ekonomi yang berlaku pada suku ketiga dan keempat pada tahun lalu.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa trend saham menunjukkan para pelabur cenderung untuk tidak melabur terlalu besar dalam aset bagi jangka masa panjang. Lanjut beliau, mereka lebih memilih untuk melabur dalam aset bagi jangka masa pendek.

Trend lonjakan pada tahun 2020 akan diteruskan pada 2021 antaranya didorong oleh faktor kadar faedah yang rendah dan pengumuman dasar monetari dari kerajaan.

Fink akhir sekali berpendapat bahawa beliau menjangkakan suku kedua tahun 2021 akan lebih positif untuk pasaran daripada suku pertama kerana pengedaran vaksin Covid-19 yang lebih meluas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat