Adakah Tindakan Belanda Ini Akan Menjadi Pemangkin Penerimaan Crypto Di Eropah?

400

Wopke Hoekstra (menteri kewangan Belanda) telah menyatakan bahawa pentadbiran beliau ingin mengawal selia perdagangan matawang crypto dalam peringkat domestik dan international. Hal ini bertujuan untuk mengatasi masalah pengubahan wang haram dan salah laku penggunaan matawang digital tersebut.

Selain pengawal seliaan matawang crypto, Hoekstra juga sedang mempertimbangkan peraturan terhadap initial coin offerings (ICO). Adakah ICO harus mengikuti peraturan yang dikenakan terhadap IPO.

Tindakan Hoekstra akan menjadi antara penggerak terawal dalam Eropah melalui perangkaan peraturan-peraturan terhadap matawang crypto. Beliau telah menuliskan surat kepada dewan perwakilan rakyat bahawa beliau akan berusaha keras untuk mengawal selia bagi mengelakkan hal tidak diingini berlaku.

Dalam masa yang sama, Hoekstra juga menumpukan pada ‘duty of care’ . Seperti yang termaktub dalam tulisan beliau, beliau ingin melihat adakah perlunya peraturan tambahan untuk ditawarkan kepada pengguna dan pelabur seperti perlindungan yang sama yang diperolehi daripada bank.

Hal ini jelas menunjukkan Hoekstra lebih memilih untuk mengawal selia daripada perlarangan dan pengharaman crypto. Belanda berkemungkinan menjadi negara Eropah yang awal dalam membenarkan matawang crypto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat