Adakah Tron (TRX) Akan Pulih Dari Kripto ‘Crash’?

592

Baru-baru ini, CEO dan Founder Tron Justin Sun mengumumkan bahawa beliau telah membeli Bitcoin (BTC) bernilai lebih dari $150 juta dengan harga purata sekitar $36,800 beberapa hari yang lalu.

Justin Sun tidak asing lagi dengan teknologi desentralisasi, sebagai CEO BitTorrent dan TRON, beliau telah melihat nilai yang sangat penting dalam Bitcoin dari segi rangkaian mata wang yang kukuh di seluruh dunia. Oleh yang demikian, beliau sangat yakin BTC akan terus maju di masa hadapan.

Meneliti carta TRX/USDT, dapat dilihat bahawa TRX gagal menembusi zon RBS $0.093 pada kenaikan penghujung minggu lalu susut 40% ke paras terendah sekitar $0.055.

Sekiranya pergerakan harga TRX dapat menembusi paras rintangan $0.093, sasaran kenaikan seterusnya adalah zon SBR (support become resistance) sekitar harga $0.11 – $0.12 untuk diuji.

Namun jika harga TRX jatuh lebih lebih rendah di bawah zon support $0.060, harga akan merekodkan paras terendah terbaru 2 bulan dengan jangkaan menuju ke paras sekitar $0.040.

Pada masa penulisan, TRX didagangkan $0.63 membuat kenaikan lebih 16% daripada paras terendah.

Lihat gambar carta matawang kripto TRX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat