Adakah Ucapan Trio Bank Pusat Ini Akan Menggegarkan Pasaran?

676

Peningkatan kes jangkitan coronavirus seluruh dunia telah membayangi harapan pasaran terhadap vaksin sehingga mendorong matawang utama didagangkan lebih rendah pada hari Khamis.

Kes coronavirus di Amerika Syarikat mencapai rekod tertinggi di atas 144,000 dan kemasukan ke hospital melebih 65,000 buat pertama kali sementara angka kematian turut menunjukkan peningkatan.

Itali pula berada di bawah tekanan untuk melaksanakan penutupan di seluruh negara berikutan kes jangkitan yang masih menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, lebih banyak pengumuman mengenai vaksin Covid-19 dijangka akan dibuat pada minggu akan datang, terutamanya Moderna yang menggunakan teknologi yang sama dengan Pfizer dalam ujian vaksinnya.

Matawang euro mula mencatatkan peningkatan pada awal sesi Eropah dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada perbincangan panel mengenai dasar monetari di Forum Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan melibatkan Presiden ECB, Christine Lagarde, Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell dan Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey pada tengah malam ini.

Dolar Aussie terus susut lebih rendah berikutan ketidakpastian dalam pasaran selain turut ditekan oleh tindakan China yang menghentikan import kayu balas dari Victoria yang pastinya akan memberi kesan besar pada ekonomi negara itu.

Dolar kiwi turut menyusut, memadamkan hampir sebahagian keuntungan yang diraih daripada kenyataan hawkish bank pusat yang memberi indikasi kadar negatif mungkin tidak akan dilaksanakan hingga tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat