Adakah USD Akan Melonjak Atau Menjunam Selepas FOMC?

616

US dolar ketinggalan di belakang pesaing-pesaing utamanya pada hari Rabu ketika pasraan menantikan kenyataan dari Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang berkemungkinan akan memperbaharui komitmen terhadap dasar yang sangat longgar.

Dolar greenback menahan penurunan berbanding matawang berisiko, dengan harapan yang semakin meningkat terhadap pemulihan ketika Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) meningkatkan ramalannya untuk pertumbuhan global 2021.

Hasil perbendaharaan, yang kenaikannya telah menyokong dolar pada awal tahun ini, merosot semalam di tengah-tengah kewaspadaan pasaran mengenai kemungkinan penundaan terhadap pelan rangsangan fiskal Presiden Joe Biden yang bernilai $ 1.9 trilion.

Pelabur juga melihat dengan teliti kemajuan dalam rangsangan AS setelah Pemimpin Majoriti Senat Chuck Schumer mengatakan bahawa Demokrat akan berusaha untuk meluluskan pakej bantuan tersebut dengan suara majoriti.

Dalam pada itu, ketika keputusan mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis nanti, Powell dijangka mengeluarkan kenyataan lebih dovish dengan menjelaskan bahawa mereka tidak akan mengurangkan pelonggaran dalam dasar semasa.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama didagangkan di sekitar harga 90.15.

Sementara matawang pound melonjak ke tahap ketinggian terbaru ketika sentimen terhadap matawang berisiko semakin pulih, dengan didagangkan menguat di atas paras harga 1.37000 berbanding USD pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat