Adakah Wabak Koronavirus Beri Kesan Terhadap Ekonomi UK? Ini Ulasan Mark Carney!

275

Saban hari wabak koronavirus (COVID-19) semakin mengkhuatirkan pasaran dan menyebabkan banyak pihak mula menganalisis impak wabak tersebut terhadap ekonomi mereka. Pada hari ini, Gabenor Bank of England (BoE), Mark Carney telah menyatakan bahawa UK sudah dapat melihat tanda-tanda bahawa ekonomi mereka mula terkesan dari wabak koronavirus.

Wabak koronavirus yang dipercayai berasal dari bandar Wuhan kini telah merebak ke seluruh dunia dan menimbulkan kebimbangan mengenai ekonomi global. Eksport China telah terjejas berikutan ramai orang masih dikuarantin dan kebanyakkan kilang masih lagi ditutup. Dalam masa yang sama, orang ramai masih bimbang untuk melakuakan perjalanan ke luar negara dan saham penerbangan telah terjejas teruk.

Ekonomi UK yang banyak bergantung kepada pendapatan dan pelancongan sudah dapat melihat impak dari wabak COVID-19, sebagaimana menurut Mark Carney.

Data awal awal bulan ini menunjukkan bahawa ekonomi British tidak berubah pada penghujung tahun 2019. Angka pengeluaran kereta terutamanya jatuh dalam jangka tempoh tersebut dengan penguncupan 1.9%.

Kebimbangan yang berterusan terhadap kesan ekonomi dari wabak koronavirus telah menyebabkan pasaran saham jatuh menjunam di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, ketua Bank Pusat Eropah (ECB) belum dapat mengemukan angka yang jelas kesan terhadap ekonomi daripada virus tersebut.

Menurut Christine Lagarde, semua pihak harus memainkan peranan dengan memantau penularan wabak koronavirus ini dengan lebih berhati-hati dan setakat ini ia belum mempunyai impak yang bekekalan terhadap inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat