Adios, Amerika Latin! Shopee Gulung Tikar Dari Pasaran Tidak Menguntungkan

2,364

‘Agaknya, Malaysia akan tersenarai ke nanti?’

Anak syarikat milik Sea Ltd, Shopee mengesahkan penutupan operasinya di beberapa negara Amerika Selatan bagi memberi tumpuan kepada sumber perniagaan terasnya.

Berita tersebut dikhabarkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Chris Feng dengan memberitahu para pekerja di Chile, Colombia, Mexico dan Argentina bahawa operasi Shopee di sana akan dihentikan.

Ulas Feng, sebab utama Shopee mengambil keputusan itu adalah untuk ‘memberi fokus kepada operasi teras syarikat’ namun mereka akan tetap menumpukan modal rentas sempadan di Mexico, Colombia dan Chile.

Menurut sumber dalaman pengurusan Sea pula, Shopee telah diarahkan untuk mencapai keuntungan dalam pasaran utama iaitu Asia Tenggara menjelang 2023.

Merujuk kepada perkara tersebut, penganalisis DZT Research Singapura mengatakan sudah sampai masa Shopee memberi tumpuan sepenuhnya untuk perolehi keuntungan di pasaran teras utama mereka.

Sebagai rekod, Sea telah menyaksikan nilai pasaran mereka melonjak $200 bilion pada Oktober dengan unit permainan dan e-dagang syarikat meraih populariti semasa wabak Covid-19.

Akan tetapi semenjak dunia mula bergerak ke fasa endemik, saham Sea telah jatuh dan kini nilai pasaran syarikat hanya pada $27 bilion.

Dalam pada itu, negara-negara Amerika Latin tersebut bukan ‘mangsa’ pertama dengan Shopee turut menutup operasinya di India dan Perancis sebelum ini.

Ekoran daripada penutupan tersebut juga telah menyebabkan sejumlah besar pekerja kehilangan sumber pendapatan, lebih-lebih lagi pada Jun lalu ketika Shopee membuang pekerja secara besar-besaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat