ADP: Amerika Tambah 125,000 Pekerjaan Sektor Swasta Pada Bulan Oktober!

225

Data pekerjaan ADP (Automatic Data Processing) yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan pertambahan jumlah pekerjaan sektor swasta di Amerika Syarikat bertumbuh dengan lebih perlahan daripada jangkaan pada bulan Oktober.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan jumlah pekerja sektor swasta menambah 125,000 pekerjaan pada bulan Oktober. berbanding jangkaan yang mensasarkan 132,000 pertambahan bilangan pekerjaan pada bulan Oktober. Dalam masa yang sama, bilangan tambahan pekerjaan pada bulan September dinilai semula kepada 93,000 daripada bacaan sebelumnya iaitu 135,000.

Jabatan Buruh akan mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih rinci iaitu NFP pada hari Jumaat ini dengan memasukkan data sektor awam dan sektor swasta.

Pakar ekonomi jangkakan bilangan pekerjaan sektor swasta akan meningkat sebanyak 80,000 pada bulan Oktober dalam laporan NPF dan disisi lain non farm employment dijangka meningkat sebanyak 85,000 bilangan pekerjaan.

Kadar pengangguran dijangka akan meningkat kepada paras 3.6%. daripada 3.5% berbanding bulan lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat