Aduh! Besar Juga Masalah Eropah Ni

574

Hanya sebahagian daripada populasi Kesatuan Eropah dapat diberi vaksin Covid-19 sehingga tahun 2022 sekiranya vaksin yang berkesan tersedia, kata para pegawai Kesatuan Eropah (EU).

Amaran itu dikeluarkan walaupun selepas 27 negara, dengan populasi 450 juta daripada kesatuan itu telah menempah lebih dari 1 bilion dos vaksin Covid-19 berpotensi daripada tiga pembuat vaksin. Ia kini sedang mempertimbangkan pembelian 1 bilion dos lagi dengan syarikat lain.

Seorang pegawai Suruhanjaya Eropah memberitahu para diplomat dari negara-negara EU dalam mesyuarat tertutup pada Isnin bahawa tidak akan ada dos vaksin Covid-19 yang mencukupi untuk seluruh penduduk sebelum akhir tahun 2021.

Suruhanjaya EU sebelum ini pernah mengatakan bahawa vaksin adalah terhad pada tahap awal pengedaran. Sehingga kini, masih belum ada vaksin yang berkesan, tetapi ia dijangka akan tersedia pada awal tahun depan.

Berikutan daripada isu kekurangan bekalan, Suruhanjaya telah menggesa kerajaan EU untuk merancang rancangan vaksinasi yang akan mengutamakan golongan penting seperti pekerja kesihatan, orang tua dan orang yang menghidapi penyakit kronik.

Pada bulan Julai satu persetujuan telah dibuat oleh Suruhanjaya dan pemerintah EU yang mengatakan sekurang-kurangnya 40% penduduk EU harus diberi vaksin pada fasa pertama.

Beberapa negara EU ingin menempah vaksin untuk seluruh penduduk mereka dengan tujuan untuk melancarkannya pada pertengahan 2021.

EU setakat ini telah memperoleh vaksin berpotensi yang dikembangkan oleh AstraZeneca, Sanofi dan Johnson & Johnson. Ia juga mengatakan bahawa ia sedang dalam perbincangan dengan Moderna, Pfizer dan CureVac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat