Aduh, Bursa Dibuka Rendah Pula Di Pengakhiran Minggu

151

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.20 mata pada 1,594.50 daripada penutupan Khamis pada 1,595.70.

Indeks dibuka kukuh 0.88 mata pada 1,596.58.

Ia dibuka lemah hasil menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street menjelang musim percutian minggu dagangan di Amerika Syarikat semasa laporan pendapatan korporat yang bercampur.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 169 mengatasi untung pada 82, manakala 227 kaunter pula tidak berubah, 1,774 tidak didagangkan dan 27 digantung.

Jumlah perolehan pada 137.26 juta unit bernilai RM55.86 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan dana asing telah mengurangkan beberapa ekuiti pada minggu ini dengan bursa tempatan dijangka berdagang dalam penurunan.

Selain itu, sktor perladangan, tenaga dan pembinaan mungkin menjadi perhatian ekoran jangkaan pilihan raya ke 15 bakal menjelang tiba.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank, Public Bank dan IHH Healthcare kekal pada RM8.83, RM4.67 dan RM6.52, Petronas Chemicals hilang 4 sen pada RM10.22 sementara Press Metal tambah 1 sen pada RM6.61.

Saham aktif memperlihatkan SMTrack dan Pappajak kekal 8 sen dan 52.5 sen, Datasonic naik 2 sen pada 51.5 sen sementara Pertama susut 1 sen pada 88 sen dan Tanco kurang 3.5 sen pada 40 sen.

Di papan indeks, indeks FBMT 100 menurun 9.0 mata pada 11,092.57, indeks FBM Emas mengurang 8.58 mata pada 11,446.11, indeks FBM Emas Shariah menguncup 1.59 mata pada 12,093.80, FBM 70 melemah 13.81 mata pada 13,791.86 dan FBM ACE menyusut 0.70 mata pada 5,845.62.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengundur 0.03 mata pada 214.54, indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 25.10 mata pada 16,753.69 dan indeks Perladangan mengumpul 9.46 mata pada 8,474.37.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat