Aduh! Data NFP Semakin Parah Dengan Tesasar Jauh Dari Sasaran!

2,263

Pasaran niaga hadapan didagangkan pada paras sokongan selepas laporan pekerjaan yang dikeluarkan dilihat mengecewakan pada bulan September.

Kontrak niaga hadapan Dow Jones hanya naik 13 mata. Niaga hadapan S&P 500 meningkat 0.2%. Niaga hadapan Nasdaq 100 meningkat 0.58%. Hasil Perbendaharaan 10 tahun pula kukuh 1.57%.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama didagangkan susut 0.20% pada paras dagangan 94.043 selepas data NFP dikeluarkan.

Laporan perkejaan yang dikeluarkan sebentar tadi menhadirkan reaksi bercampur dalam kalangan para pelabur. Ekonomi hanya mampu menambah 194,000 pada bulan September iaitu satu angka yang jauh di bawah anggaran para pakar yang mensasarkan 500,000 pekerjaan akan ditambah. Angka ini membawa indikasi bahawa bacaan NFP catat kehilangan besar dua bulan berturut-turut selepas bulan Ogos hanya catat tambahan 235,000 pekerjaan, jauh dibawah sasaran 720,000.

Pasara buruh kelihatan lebih suram dan memberi tekanan kepada the Fed dimana pihak the Fed sedang bersedia untuk membuat ‘tapering’.

Jabatan Tenaga Kerja disisi lain melaporkan pada hari Khamis bahawa tuntutan pengangguran untuk minggu sebelumnya berjumlah 326,000. Iaitu lebih rendah daripada sasar para pakar 345,000. Sementara itu, tuntutan berterusan menurun sebanyak 97,000 sehingga 2.71 juta. Bacaan ini dilihat sebagai satu sentimen positif.

Akhir sekali, ketidakpastian terhadap had hutang telah menjadi hambatan bagi pasaran dengan risiko lain termasuk inflasi yang tinggi dan kenaikan kadar.

Secara amnya, pasaran buruh yang menunjukkan prestasi yang meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dapat mendorong the Fed untuk melonggarkan polisi monetari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat