Aduh! Perancis, Kanada Pula Umum Lockdown

540

Sentimen menyuramkan nampaknya akan terus membelenggu pasaran selepas dua negara ini mengumumkan pelaksanaan langkah sekatan terbaru.

Perancis, yang mana sejak akhir-akhir ini terus menunjukkan peningkatan kes harian coronavirus, kembali di bawah penutupan (lockdown) ketiga di seluruh negara selama empat minggu berkuatkuasa mulai hari Sabtu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan perkara tersebut pada hari Rabu dan mengatakan kerajaan telah melakukan segalanya yang termampu untuk membuat keputusan tersebut.

Dengan angka kematian hampir 100,000, kapasiti di unit rawatan intensif yang semakin kritikal dan kelewatan dalam pelancaran vaksin, Macron terpaksa melakukan penutupan ini untuk melindungi ekonomi.

Hal ini telah memberi tekanan buat dagangan matawang euro untuk didagangkan di sekitar paras terendah 4 bulan berbanding US dolar.

Sementara itu, Kanada juga mengumumkan penutupan di wilayah Ontario selama 28 hari yang akan berkuatkuasa mulai hari Sabtu. Bagaimanapun, sekatan yang dilaksanakan tidak ketat seperti penutupan seluruh negara yang dikenakan pada bulan Disember.

Pengumuman ini telah menyebabkan dolar Kanada mengurangkan keuntungan yang diraihnya pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat