Aduh! RBNZ Naikkan Lagi Kadar Faedah, Tapi Kenapa NZD/USD Terjun?

274

Bank Pusat New Zealand (RBNZ) menepati jangkaan pasaran dengan menaikkan kadar faedah buat kali kedua dalam tempoh dua bulan dan memberi isyarat bahawa ia perlu mengetatkan dasar monetari lebih cepat untuk membendung inflasi.

Jawatankuasa dasar monetari RBNZ yang diketuai oleh Gabenor Adrian Orr telah meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 0.75% pada mesyuarat polisi yang berlangsung pada sesi Asia hari ini.

Unjuran terbaru yang diterbitkan oleh bank pusat menunjukkan kadar faedah meningkat kepada 2% menjelang Ogos tahun 2022, setahun lebih awal daripada ramalan yang dibuat tiga bulan lepas.

Sementara pada tahun 2023 pula, bank pusat melihat kadar faedah akan mencapai 2.5% dan meningkat lebih tinggi menjelang akhir tahun 2024.

Rangsangan monetari dan fiskal yang dilepaskan untuk mengurangkan impak pandemik telah membantu ekonomi New Zelaand pulih dengan kukuh dan mendorong inflasi ke tahap tertinggi dan kadar pengangguran ke paras terendah.

Walau bagaimanapun, dolar New Zealand gagal memaparkan peningkatan susulan keputusan ini, sebaliknya jatuh lebih rendah yang menunjukkan kekecewaan dalam pasaran bahawa RBNZ tidak agresif untuk menaikkan kadar faedah kepada 1% seperti yang dicadangkan oleh sesetengah pihak.

Selain itu, dagangan kiwi juga turut dibantutkan oleh pengukuhan dolar greenback yang terus menerus menekan matawang utama lain lebih rendah.
Ketika penulisan, dolar kiwi didagangkan 0.5% lebih rendah berbanding US dolar pada sekitar harga 0.69190.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat