Aduh! Saudi Aramco Naikkan Harga Jualan Minyak Ke Asia

321

Komoditi hitam kembali mendapatkan pemulihan susulan kejatuhan mendadak pada minggu lalu, dengan diniagakan lebih tinggi pada sesi Asia hari ini.

Peningkatan ini berlaku selepas Saudi Aramco dilaporkan telah menaikkan harga jualan rasmi untuk minyak mentahnya, menunjukkan permintaan yang kekal kukuh di tengah bekalan yang berkurangan.

Pada hari Jumaat, ia telah meningkatkan harga jualan rasmi bulan Disember ke Asia untuk minyak mentah ringan kepada $2.70 setong berbanding minyak mentah Oman/Dubai, meningkat sebanyak $1.40 pada bulan ini.

Ini telah mendorong dagangan minyak mentah Brent dibuka lebih tinggi pada sesi dagangan Asia pada $83.60 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula kembali menokok pada $82.20 setong.

Harga minyak sebelum ini terkesan dengan data bekalan minyak mentah Amerika Syarikat yang tanpa dijangka telah menunjukkan peningkatan.

Menurut penganalisis, langkah yang dibuat oleh Saudi Aramco menandakan permintaan yang kekal kukuh selepas pengeluar utama OPEC mengekalkan pengeluaran semasa dengan tambahan sebanyak 400,000 tong setiap bulan.

Presiden AS, Joe Biden yang sebelum ini telah menggesa OPEC untuk meningkatkan pengeluaran, mengatakan pada hari Sabtu bahawa pentadbirannya mempunyai ‘alat lain’ untuk menangani kenaikan harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat